Dewan Merak Kayangan ditutup sehingga Jun 2026 atas masalah teknikal.
Dewan Merak Kayangan ditutup sehingga Jun 2026 atas masalah teknikal.
Dewan Merak Kayangan
Dewan Merak Kayangan mendapat namanya daripada Burung Merak, seekor burung menakjubkan dengan bulu bewarna warni, indah bak dari kayangan, dan penuh keanggunan yang dikatakan turun dari langit. Adalah menjadi harapan kami agar setiap acara yang diadakan di Dewan Merak Kayangan, seperti majlis perkahwinan, akan menjadi sebuah majlis impian bak dongeng dan berlangsung meriah penuh warna-warni untuk semua yang terlibat.
Dengan kemudahan serba canggih seperti sistem pencahayaan, audio dan video, ia juga menawarkan 2 bilik khas yang boleh digunakan sebagai bilik persediaan atau bilik seminar. Antara kemudahan yang disediakan ialah lebih daripada 200 ruang parkir berbumbung dan terbuka secara percuma untuk para tetamu, surau yang luas dan berhawa dingin, persekitaran bangunan serta tandas yang bersih dan terjaga dengan baik. Penyediaan makanan juga dijamin bersih, segar, berkualiti dan mematuhi piawaian halal.
Pakej Perkahwinan
Sedang Merancang Majlis?
Hubungi kami untuk berbincang tentang idea anda, dapatkan sebut harga, atau buat temujanji dengan kami. Kami di FELDA D’Saji komited untuk menjadikan majlis anda majlis yang tidak dapat dilupakan. Hubungi kami sekarang, dan bersama-sama mencipta kenangan.
Untuk pertanyaan pakej, hubungi wakil jualan kami.

