Terma & Syarat (Tempahan Majlis)
CARA PEMBAYARAN
- Tempahan rasmi hanya boleh disahkan setelah pembayaran pendahuluan kepada Felda D’Saji Sdn Bhd. Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek, kad kredit (Master/Visa), atau EFT (Electronic Fund Transfer).
- Pembayaran sebanyak 50% pada sebutharga tempahan majlis dianggarkan (dari anggaran jumlah anggaran majlis/jemputan).
- Pembayaran penuh hendaklah dijelaskan pada seminggu sebelum tarikh majlis.
- Tempahan individu hendaklah dijelaskan dalam masa 14 hari sebelum tarikh majlis berlangsung.
- Tempahan korporat:
5.1 Bayaran penuh hendaklah dibayar sebelum majlis/tarikh majlis berlangsung.
5.2 Jika pembayaran melalui purchase order (PO), sila lampirkan salinan purchase order.
5.3 Sebarang baki atau tunggakan selepas majlis akan diselesaikan.
5.4 Tempoh bayaran terakhir adalah dalam 14 hari selepas tarikh majlis berlangsung.
5.5 Jika terdapat baki hutang yang belum diselesaikan selepas tempoh itu, pihak kami tidak akan menerima rayuan melalui purchase order.
PINDAAN DAN PENUNDAAN MAJLIS
- Pindaan tarikh majlis dibenarkan hanya sekali sahaja.
- Sebarang pindaan tarikh hendaklah dimaklumkan kepada Felda D’Saji Sdn Bhd selewat-lewatnya 6 bulan. Wang pendahuluan tidak akan dikembalikan.
- Sebarang penundaan hanya dibenarkan untuk pindaan pertama sahaja. Pembatalan dan pindaan seterusnya akan menyebabkan bayaran tidak dikembalikan.
- Pelanggan dikehendaki memaklumkan secara bertulis dengan menyertakan salinan asal pengesahan tempahan majlis.
- Jika majlis ditunda kurang 6 bulan dari tarikh asal, wang pendahuluan tidak akan dikembalikan. Jika tempoh lebih 6 bulan sebelum majlis, hanya 50% akan dipulangkan.
- Tempahan tidak boleh ditukar milik kepada nama lain.
PERINGATAN MESRA
- Tiada perkhidmatan akan diberikan sehingga bayaran pendahuluan diterima.
- Harga di dalam invois tidak termasuk 5% Cukai Perkhidmatan dan 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
- Pihak Felda D’Saji Sdn Bhd berhak membatalkan tempahan jika pelanggan tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
JUMLAH KEHADIRAN
- Sila maklumkan jumlah sebenar kehadiran tempahan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh majlis. Jumlah tersebut akan digunakan untuk pengesahan akhir.
- Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran dan mengikut syarat-syarat Felda D’Saji Sdn Bhd.
- Jika pelanggan/pihak penganjur tidak mematuhi tawaran pakej, harga penuh akan dikenakan.
- Penggunaan pada hari cuti umum akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM4,000 untuk setiap sesi.
Felda D’Saji Sdn Bhd
No Akaun: 5641 1220 1080 (Maybank)
Kami sentiasa terbuka untuk menerima pertanyaan pelanggan. Hubungi kami jika memerlukan bantuan lanjut.
Terima kasih atas sokongan anda.