MPAJ Convention Centre

Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati merupakan projek pembangunan berbentuk kemudahan masyarakat yang dibiayai oleh Kerajaaan Negeri Selangor, MPAJ dan sumbangan pembangunan oleh pemaju Sime Darby bermula tahun 2018. Pusat Konvensyen MPAJ  terletak di lokasi yang strategik dan dilengkapi dengan kemudahan canggih, ia direka dan dibina bagi penganjuran pelbagai aktiviti termasuklah mesyuarat korporat, konvensyen antarabangsa, majlis perkahwinan, sehinggalah ke festival kebudayaan. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 27 Oktober 2023 dengan kos berjumlah RM31.6 juta. Ianya meliputi komposisi 60% pembangunan taman awam dan 40% Pusat konvensyen yang menerapkan inisiatif dan elemen hijau yang telah dirasmikan YAB. Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 6 Februari 2024. Berkuatkuasa 1 Mac 2024, MPAJ telah melantik Felda D’Saji Sdn. Bhd. bagi menguruskan Pusat Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.

Pakej Perkahwinan

Pakej Korporat

Sedang Merancang Majlis?

Hubungi kami untuk berbincang tentang idea anda, dapatkan sebut harga, atau buat temujanji dengan kami. Kami di FELDA D’Saji komited untuk menjadikan majlis anda majlis yang tidak dapat dilupakan. Hubungi kami sekarang, dan bersama-sama mencipta kenangan.

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Taipkan mesej anda disini

Untuk pertanyaan pakej, hubungi wakil jualan kami.