Dewan Perdana Felda

Dewan Perdana Felda dengan rekabentuk arkitektur bujur ini menawarkan ruang majlis mewah yang mampu menampung sehingga 2,000 tetamu. Dinilai dengan taraf lima bintang dari segi reka bentuk dalaman, perabot, permaidani serta kemasan, dewan ini turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan, bunyi, dan multimedia. Terdapat Royal Upper Deck yang direka khas untuk ruang makan VVIP dan tujuan pemantauan majlis. Selain itu, dua Suite Diraja turut disediakan sebagai bilik menunggu eksklusif untuk VVIP, pasangan pengantin atau bilik sidang media.

 

Keindahan siling yang dihiasi dengan lampu kristal umpama bintang bergemerlapan menambah seri dan suasana yang menawan, menjadikan dewan ini lokasi terbaik untuk sebarang majlis termasuklah majlis perkahwinan, korporat, persidangan, konvokesyen dan pelbagai lagi majlis. Dewan Perdana Felda menyediakan lebih 500 petak parkir, dengan 240 daripadanya berbumbung, memastikan keselesaan tetamu dari awal ketibaan. Di aras bawah bangunan, terdapat dua bilik seminar Perdana 1 dan Perdana 2, masing-masing berkapasiti 100 orang, lengkap dengan ruang legar untuk bufet berdiri serta surau berkapasiti 150 Orang

 

Keselamatan dan penyelenggaraan dewan dikendalikan sepenuhnya selama 24 jam oleh jurutera bertauliah FELDA dan Polis Bantuan FELDA, disokong sistem keselamatan menyeluruh termasuk pagar automatik dan kamera CCTV. Setiap aspek operasi dewan ini mematuhi piawaian ketat Jabatan Bomba bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat. Dapur utama Dewan Besar FELDA Perdana mengamalkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) bertaraf antarabangsa dalam penyediaan makanan, serta telah memperoleh Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Pakej Perkahwinan

Untuk pertanyaan, hubungi wakil jualan kami.

Sedang Merancang Majlis?

Hubungi kami untuk berbincang tentang idea anda, dapatkan sebut harga, atau buat temujanji dengan kami. Kami di FELDA D’Saji komited untuk menjadikan majlis anda majlis yang tidak dapat dilupakan. Hubungi kami sekarang, dan bersama-sama mencipta kenangan.