Hospitaliti
FELDA telah memainkan peranan yang hebat dalam memajukan pendidikan di kalangan anak-anak FELDA dengan pembinaan asrama dan institut latihan. Diharapkan anak-anak ini mendapat pendidikan yang lebih baik dan memiliki prospek yang lebih cerah,
FELDA D’Saji telah memberi khidmat kepada anak-anak FELDA di tempat berikut:
Di FELDA D’Saji, kami gembira apabila dapat memberikan makanan terbaik bagi perkembangan minda pelajar, terutamanya anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Kakitangan kami memahami bahawa anak-anak ini telah melakukan pengorbanan yang besar dengan meninggalkan ibu bapa mereka demi mengejar masa depan yang lebih baik. Oleh itu, kakitangan kami sentiasa digalakkan untuk memberi sepenuh perhatian dan melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Semoga semua kebaikan dan usaha ini, diberikan ganjaran dan diberkati Allah SWT.