Perkahwinan Impian Anda
Raikan Hari
Bahagia Anda
Perkahwinan bukan sekadar penyatuan antara dua hati, tetapi juga penyatuan antara keluarga. Ia merupakan langkah pertama membina kehidupan berkasih sayang, diberkati dan diredhai. Di Felda D’Saji kami membantu anda mewujudkan suasana majlis yang anda inginkan. Keluarga, saudara-mara, sahabat dan rakan kenalan yang hadir menjadi saksi sebuah ikatan. Felda D’Saji memastikan majlis anda bukan sahaja indah, tetapi juga bermakna sebagai permulaan sebuah keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah.
Hidangan Terbaik
Setiap hidangan yang kami sediakan bukan sekadar pada rasa, tetapi ia disediakan dengan kualiti terbaik. Kami memastikan semua bahan adalah segar dan disediakan dengan teliti oleh chef berpengalaman kami. Dengan pelbagai pilihan menu, majlis anda pasti meninggalkan kesan mendalam pada setiap tetamu. Anda boleh memilih samada hidangan secara dome, buffet atau persembahan ‘live cooking’ oleh chef terbaik kami. Kami menyediakan sesi ‘Food Tasting’ bagi memastikan pilihan makanan memenuhi citarasa anda.
Pengurusan Majlis
Dengan pengalaman melebihi 30 tahun, kami memastikan majlis perkahwinan anda diurus dengan baik dan berjalan lancar. Kami mempunyai rangkaian vendor pilihan bagi hiasan tema majlis dan pelamin yang akan memastikan suasana majlis anda tampak mewah dan menawan. Kami turut menawarkan pakej lengkap urusan nikah termasuk jurunikah bertauliah untuk memudahkan perjalanan hari bahagia anda. Wakil kami akan menemani anda di hari bahagia anda bagi memastikan majlis berjalan lancar tanpa sebarang kerumitan
Lokasi Majlis Memukau
Kami menyediakan pilihan lokasi majlis yang elegan dan bersesuaian untuk setiap jenis majlis. Sama ada anda mahu majlis besar atau tertutup, kami pastikan lokasi kami memberikan suasana yang selesa dan memukau di hari istimewa anda. Setiap dewan & lokasi majlis dilengkapi dengan kelengkapan moden dan dikendalikan oleh pasukan profesional bagi memastikan setiap majlis berjalan lancar.
Felda D’Saji
Pilihan Terbaik
Di Felda D’Saji, kami bukan sekadar menguruskan majlis, kami mencipta kenangan dan pengalaman bermakna. Komitmen kami terhadap kecemerlangan, ketelitian, dan semangat untuk memberikan khidmat terbaik menjadikan kami berbeza. Kami faham, setiap majlis adalah unik, dan kami berusaha untuk memberi khidmat terbaik.
Pakej MPAJ Convention Centre
Sedang Merancang Majlis?
Hubungi kami untuk berbincang tentang idea anda, dapatkan sebut harga, atau buat temujanji dengan kami. Kami di Felda D’Saji komited untuk menjadikan majlis anda majlis yang tidak dapat dilupakan. Hubungi kami sekarang, dan bersama-sama mencipta kenangan.