Latar Belakang
FELDA D’Saji pada awalnya, bermula sebagai sebuah perniagaan katering dan ia dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) & Koperasi Permodalan FELDA Berhad (sebuah koperasi yang dibentuk oleh FELDA, Sumbangan Kakitangan Kumpulan FELDA dan Sumbangan Peneroka). Ia ditubuhkan sebagai sebuah unit pada tahun 1984, apabila fokus diberikan kepada perkhidmatan kafeteria, Felda Resort dan asrama pelajar FELDA.
Bermula pada tahun 1991, kami mula memperluaskan perkhidmatan dengan perkhidmatan katering luar yang menyasarkan pelanggan dari sektor kerajaan dan korporat di sekitar lembah klang.
Tidak lama kemudian, FELDA D’Saji mula terlibat secara serius dalam perkhidmatan bankuet dengan pelancaran Dewan Merak Kayangan dan kemudian Dewan Perdana FELDA, yang menawarkan tempat yang sesuai untuk Majlis Makan Malam Tahunan, Konvensyen, Seminar, dan semestinya, Majlis Perkahwinan.
FELDA D’Saji juga ditawarkan untuk mengendalikan katering dan kafeteria di Institusi Latihan MNC, seperti Pusat Latihan CIMB dan Pusat Latihan RHB di Bangi. Ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap keupayaan kami menyediakan makanan yang baik untuk kakitangan mereka.
Sehingga kini, FELDA D’Saji sentiasa berfikiran untuk berkembang dengan pembangunan projek perniagaan yang baru dan kami juga giat mencari rakan kongsi baru bagi tujuan tersebut.
Kami telah memperoleh pelbagai pengiktirafan sebagai panel katerer di banyak tempat eksklusif dan juga peluang kerjasama di tempat tersebut, antaranya ialah Menara Kuala Lumpur & Kelab Golf Perangsang Templer. Usaha ini membolehkan pelanggan kami mendapatkan perkhidmatan kami lebih dekat dengan tempat mereka. Walaupun begitu kami juga mempunyai perkhidmatan katering luar dimana pasukan kami akan pergi ke lokasi pilihan pelanggan dan menjamu tetamu mereka.
Perolehan syarikat pada tahun 2010 adalah melebihi RM40 juta dan kami menyasarkan untuk mencapai RM50 juta pertama kami menjelang 2023/2024.
Maklumat Korporat
Nama Syarikat
Felda D'Saji Sdn Bhd
Tarikh Penubuhan
1 November 2004
Modal Berbayar
RM 10,000,000.00
Pemegang Saham
FELDA: 40%
KPF: 60%
perbankan
Malayan Banking Berhad