Terma & Syarat (Bufet Ramadan)

1. Tempahan dan Pengesahan
1.1. Tempahan Bufet Ramadan hanya boleh dibuat melalui laman web rasmi Felda D’Saji Sdn Bhd atau saluran yang diiktiraf.
1.2. Tempahan dianggap berjaya setelah pembayaran disahkan dan e-mel pengesahan dihantar ke alamat e-mel yang diberikan.
1.3. Pelanggan bertanggungjawab memastikan maklumat yang diberikan (seperti nama, e-mel, dan nombor telefon) adalah tepat dan terkini.

 

2. Harga dan Pembayaran
2.1. Semua urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (MYR), termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), jika berkenaan.
2.2. Semua harga yang tertera adalah termasuk 5% Caj perkhidmatan dan 6% Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)
2.3. Bayaran hendaklah dilakukan secara penuh menggunakan kaedah pembayaran yang disediakan di laman ini.
2.4. Tiada bayaran balik (refund) akan diberikan kecuali dinyatakan secara jelas dalam polisi pembatalan kami.

 

 3. Polisi Penukaran dan Pembatalan
3.1. Sebarang penukaran tarikh tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh yang ditempah, tertakluk kepada ketersediaan.
3.2. Penukaran tarikh tempahan hanya dibenarkan 1 kali sahaja.
3.3. Pembatalan tempahan tidak dibenarkan. Sebarang permintaan pembatalan akan tertakluk kepada budi bicara Felda D’Saji Sdn Bhd.
3.4. Tempahan yang telah dibuat tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada kami.
3.5. Tambahan tempahan boleh dibuat dengan membuat tempahan baru.

 

 4. Penggunaan Tempahan
4.1. Pelanggan mesti memberikan nombor tempahan atau menunjukkan e-mel pengesahan (salinan bercetak atau digital) semasa mendaftar masuk di dewan bufet.
4.2. Setiap tempahan hanya sah mengikut butiran di dalam tempahan dan hanya untuk tarikh serta waktu yang dinyatakan dalam pengesahan tempahan.
4.3. Pelanggan dinasihatkan untuk hadir tepat pada waktu bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakselesaan.

 5. Kanak-Kanak, Warga Emas, Kakitangan FELDA & MPAJ & OKU
5.1. Harga istimewa ditawarkan kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun, warga emas berusia 60 tahun ke atas, kakitangan Felda & MPAJ. Diskaun ini boleh dirujuk pada butiran produk yang disediakan. Untuk dewasa berstatus OKU, boleh pilih slot WARGA EMAS.
5.2. Bagi kakitangan FELDA & MPAJ, tempahan hanya boleh dibuat melalui wakil jualan kami di 01139550722.

 

 6. Perubahan atau Pembatalan oleh Penganjur
6.1. Felda D’Saji Sdn Bhd berhak untuk menukar tarikh, masa, lokasi, atau membatalkan acara sekiranya berlaku situasi yang tidak dijangka (force majeure) seperti cuaca buruk, arahan pihak berkuasa, atau faktor luar kawalan kami.
6.2. Dalam kes pembatalan oleh penganjur, pelanggan akan diberi pilihan untuk menukar tarikh atau menerima bayaran balik penuh.

 

 7. Tanggungjawab dan Liabiliti
7.1. Felda D’Saji Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecederaan yang berlaku semasa menghadiri Bufet Ramadan Felda D’Saji
7.2. Pelanggan bertanggungjawab menjaga barang peribadi masing-masing semasa berada di dewan bufet.

 

 8. Makanan dan Keperluan Khas
8.1. Pelanggan yang mempunyai alahan makanan atau keperluan diet khas bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang hidangan yang disediakan semasa membuat tempahan. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang isu yang timbul jika maklumat tersebut tidak diminta terlebih dahulu.
8.2. Kerusi Bayi – Penyediaan kerusi bayi adalah bergantung kepada ketersedian.

 

 9. Hak Penganjur
9.1. Felda D’Saji Sdn Bhd berhak menolak kemasukan mana-mana individu yang tidak mematuhi terma dan syarat, termasuk mereka yang menunjukkan kelakuan tidak sesuai.
9.2. Kami berhak untuk meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.

 

  10. Promosi Mangkuk Tingkat & Lauk Sahur
10.1. Setiap pembelian 5 atau 10 pax dewasa(bergantung tarikh promosi) layak menerima 1 mangkuk tingkat & juadah sahur percuma.
10.2 Kiraan adalah berdasarkan satu (1) resit sahaja dan penggabungan resit tidak dibenarkan.  

 

 11. Pertanyaan dan Sokongan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut mengenai tempahan, sila hubungi kami di:

Hotline: 011-39550722
E-mel: admin@feldadsaji.com

This will close in 0 seconds