Visi Kami
Katering
Halal Terkenal
Visi kami ialah menjadikan jenama FELDA D’Saji terkenal sebagai penyedia katering Halal di Malaysia bagi segmen kelas pertengahan dan atasan. Mempelbagaikan portfolio perniagaan di dalam industri makanan & minuman serta industri hospitaliti. Di peringkat antarabangsa, FELDA D’Saji ingin diiktiraf sebagai jenama yang terkenal di pasaran global sebagai penyedia makanan Malaysia dan Asia yang autentik serta halal.
Misi Kami
Servis Berkualti
Misi kami adalah untuk mencipta dan meningkatkan kesedaran jenama FELDA D’Saji sebagai penyedia katering halal bagi segmen kelas pertengahan dan atasan serta memastikan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan. Ini dapat dicapai dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti, menepati janji, memastikan kualiti makanan cemerlang melalui penyediaan dan penyajiannya.